Teratak Riverview Tanjung Malim merupakan penginapan depan sungai yang terletak hanya 4 km dari Tanjung Malim dan 60 km dari Kuala Lumpur. Suasana sini sangat tenang dikelilingi alam semulajadi yang menghijau.
Resort ini merupakan lokasi perkhemahan dan aktiviti lasak yang agak popular di Tanjung Malim. Selain itu, di sini juga sering menjadi tumpuan sekolah-sekolah, organisasi kerajaan mahupun korporat untuk mengadakan kem motivasi, sesi team building atau gathering.
Menariknya, Teratak Riverview Tanjung Malim ini dipisahkan dengan sebatang sungai bernama Sungai Bernam yang merupakan sempadan antara dua negeri iaitu Perak dan Selangor. Sebahagian resort ini terketak di Perak dan sebahagian lagi di Selangor.
Antara kemudahan yang disediakan di resort ini adalah:
Tapak perkhemahan
Hostel
Ruang makan
Surau
Kemudahan BBQ
Dan macam-macam lagi
Antara aktiviti best yang boleh dilakukan di resort ini adalah :
Mandi mandan dan berkelah
Tubing/ water Confident
Rentas halangan
Flying fox
Abseling
Paintball
Jungle Treking
Teratak Riverview telah menyediakan chalet terbaru di sebelah PERAK! Mari datang beramai-ramai untuk merasai suasana chalet berhadapan dengan sungai.
Gemersik bunyi sungai dapat didengari di dalam chalet anda!
Chalet Berkembar
Mempunyai dua unit
Chalet kayu
Mempunyai 7 unit
Rajah 2 : Kelengkapan
Teratak Riverview menyediakan pelbagai jenis chalet tanpa bilik air dan berserta bilik air. Setiap unit adalah sesuai untuk 3 hingga 6 orang (Mengikut kesesuaian bilik). Chalet ini terletak di sebelah Selangor. Berdasarkan Rajah 1, chalet ini mempunyai kelengkapan seperti dalam Rajah 2.
Rajah 3 : Asrama 6
Asrama 6 mempunyai enam tilam. Asrama ini mempunyai 3 bilik. Maka, 18 orang boleh menginap di kawasan Asrama 6. Asrama ini berada di sebelah Perak / kawasan perkhemahan. Pelanggan akan menggunakan tandas di tempat perkhemahan.
Rajah 4 : Asrama 18
Asrama 18 mempunyai 18 tilam. Asrama ini mempunyai 2 pintu/bahagian. Pintu Asrama ada di bahagian depan dan belakang. Maka, sebanyak 36 orang boleh menginap di kawasan Asrama 18 ini. Asrama ini berada di sebelah Perak / kawasan perkhemahan. Pelanggan akan menggunakan tandas di tempat perkhemahan.
Rajah 5 : Asrama 40
Asrama 40 dilengkapi tilam dan katil. Seramai 40 orang boleh menginap di Asrama 40. Asrama 40 mempunyai 2 unit, maka Asrama 40 ini boleh memuatkan seramai 80 orang. Asrama ini juga mempunyai tandas di dalamnya serta ruang dapur diantara dua unit Asrama 40. Asrama ini berada di sebelah Perak / kawasan perkhemahan.
Rajah 6 : Kawasan Perkhemahan
Kawasan perkhemahan berada di sebelah Perak. Kawasan perkhemahan boleh memuatkan seramai 500 orang. Setiap khemah boleh dimasuki 4 atau 5 orang berpandukan besar khemah dan mengikut keselesaan.
Rajah 7 : Tandas
Pihak TRV telah menyediakan banyak tandas di kawasan perkhemahan / bahagian Perak.
Rajah 8 : Dapur
Ruang penyediaan makanan dan stor penyimpanan barang dapur.
Rajah 9 : Dewan Makan
Dewan Makan ini berada di bahagian negeri Selangor. Seramai 500 orang boleh makan di dewan makan ini. Penyediaan makanan secara ‘buffet’.
Rajah 10 : Dewan Serbaguna/ Surau Besar
Dewan serbaguna/ Surau Besar berada di sebelah negeri Perak berhampiran Asrama 40. Dewan Serbaguna boleh memuatkan seramai 500 orang manakala Surau Besar boleh memuatkan 550 orang untuk solat.
Rajah 11 : Dewan Kecil 1
Merujuk rajah 11, dewan ini berada di sebelah Perak. Dewan ini memuatkan seramai 100 orang.
Rajah 12 : Dewan Kecil 2
Merujuk rajah 11, dewan ini berada di sebelah Selangor dan di atas bukit. Dewan ini memuatkan seramai 100 orang.
Rajah 13 : Jambatan Besi
Jambatan Besi ini salah satu kemudahan pelanggan TRV untuk menyeberangi sungai. Jambatan ini berada di antara Perak dan Selangor.
Rajah 14 : Jambatan Gantung
Jambatan Gantung ini disediakan untuk pelanggan menghayati pemandangan di kawasan TRV dan hanya 10 orang dibenarkan melintasi menggunakan jambatan ini secara bergilir dan digunakan secara gunasama.
Rajah 15: Menara FlyingFox dan Chalet
Menara FlyingFox dan Chalet ini disediakan untuk aktiviti flyingfox. Selain itu, ada empat unit di menara ini. Boleh memuatkan seramai 3 hingga 4 orang sahaja dalam satu bilik.
Leave a Reply