MOHD ZUL HIFDZI BIN MOHD NASIR (CH, CHt, CHp)
M Sc (hons) Psikologi Perkembangan, UKM;
Jurulatih bertauliah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (TTT/ 6469),
Spiritual NLP Certification ( Spiritual-NLP Malaysia),
Certified Hipnotist CH (IBH), Certified Hipnotherapy, CHt (IBH),
Certified Hipnoparenting (MHI)
Certified PsychoBiometric FingerPrint Analysis (2017)
Pengalaman Berniaga :
Pengusaha Homestay
Pengusaha Kereta sewa Zulfa Motor
Pengusaha Perniagaan Atas Talian – Shopee , Ebay & web e-commerce
Pengusaha Perniagaan atas talian – Perkhidmatan pendaftaran lesen-lesen
Program Kepakaran Beliau:
Motivasi dan Teambuilding Staf, kakitangan, dan pelajar
Motivasi Kecemerlangan Pelajar
Teknik mengingat pantas
Kursus Motivasi Keusahawanan
Analisis Cap Jari Biometrik
Program Khalifah Genius – Aktif Minda
Kursus Cuti Sekolah
Kursus Kepimpinan Organisasi dan Sekolah
Mohd Zul Hifdzi Bin Mohd Nasir ialah Pengarah Urusan di Vision Meps Consultant. Beliau dilahirkan di Johor Bahru dan sekarang sudah berkahwin dan dianugerahkan dengan 6 orang anak. mendapat pendidikan di SMK Agama Johor Bahru dan melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Teknologi Industri. Selepas mendapat Ijazah pertama, beliau bekerja di Shimano dan juga di Wheels Electronic Mfg Sdn Bhd sebagai seorang Jurutera Kualiti.
Di dalam bidang latihan, beliau mula-mula melibatkan diri semasa bekerja dengan AMMG Training Services sebagai fasilitator. Kemudian dengan niat untuk melibatkan diri dalam bidang latihan, beliau bersama-sama 2 lagi rakannya menubuhkan Vision Consultant pada tahun 2003. Kemudian beliau behenti bekerja daripada pekerjaan jurutera dan melibatkan diri dalam bidang latihan secara sepenuh masa. Kini, beliau juga menjadi Ahli Lembaga Pengarah bagi Kumpulan Vision dan juga menjadi pengarah Zulfa Motor iaitu perniagaan penyewaan kenderaan dan membawa pelancong.
Di dalam bidang latihan, beliau adalah jurulatih bertauliah dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) (no sijil TTT/6469). Beliau juga berkemahiran dalam tajuk-tajuk seperti Pengaktifan Otak Tengah, motivasi dan teambuiding, Motivasi Keusahawanan, Penyeliaan berkesan, Clerical / non clerical development programme, Motivasi Pelajar, dan Teknik Ingatan Kreatif.
Antara pengalaman beliau adalah membuat kursus di serata Malaysia dan juga untuk warga Singapura termasuk jabatan kerajaan dan swasta. Antara Jabatan yang pernah mengikuti program bersama beliau adalah seperti KEMAS, Jabatan Pertanian, KKLW, Pejabat Pembangunan Negeri, Jabatan Agama Johor, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, UTHM, UTM, GIANT, Perwaja Steel, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), dan banyak lagi.
Leave a Reply