Sign In

PERCUTIAN DEPAN SUNGAI YANG BEST DAN CONFIRM TIDAK MENGECEWAKAN!

Teratak Riverview Tanjung Malim merupakan penginapan depan sungai yang terletak hanya 4 km dari Tanjung Malim dan 60 km dari Kuala Lumpur. Suasana sini sangat tenang dikelilingi alam semulajadi yang menghijau.

Resort ini merupakan lokasi perkhemahan dan aktiviti lasak yang agak popular di Tanjung Malim. Selain itu, di sini juga sering menjadi tumpuan sekolah-sekolah, organisasi kerajaan mahupun korporat untuk mengadakan kem motivasi, sesi team building atau gathering.

‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍Menariknya, Teratak Riverview Tanjung Malim ini dipisahkan dengan sebatang sungai bernama Sungai Bernam yang merupakan sempadan antara dua negeri iaitu Perak dan Selangor. Sebahagian resort ini terketak di Perak dan sebahagian lagi di Selangor.

Antara kemudahan yang disediakan di resort ini adalah:

✅Tapak perkhemahan

✅Hostel

✅Ruang makan

✅Surau

✅Kemudahan BBQ

✅Dan macam-macam lagi

Antara aktiviti best yang boleh dilakukan di resort ini adalah :

‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍

🔶Mandi mandan dan berkelah

🔶Tubing/ water Confident

🔶Rentas halangan

🔶Flying fox

🔶Abseling

🔶Paintball

🔶Jungle Treking

SUASANA DI TERATAK RIVERVIEW

Teratak Riverview telah menyediakan chalet terbaru di sebelah PERAK! Mari datang beramai-ramai untuk merasai suasana chalet berhadapan dengan sungai. 

Gemersik bunyi sungai dapat didengari di dalam chalet anda! 

Chalet Berkembar

Mempunyai dua unit

Chalet kayu

Mempunyai 7 unit

Rajah 1 : Chalet

Rajah 2 : Kelengkapan

Teratak Riverview menyediakan pelbagai jenis chalet tanpa bilik air dan berserta bilik air. Setiap unit adalah sesuai untuk 3 hingga 6 orang (Mengikut kesesuaian bilik). Chalet ini terletak di sebelah Selangor.  Berdasarkan Rajah 1, chalet ini mempunyai kelengkapan seperti dalam Rajah 2.

Rajah 3 : Asrama 6

Asrama 6  mempunyai enam tilam. Asrama ini mempunyai 3 bilik. Maka, 18 orang boleh menginap di kawasan Asrama 6. Asrama ini berada di sebelah Perak / kawasan perkhemahan. Pelanggan akan menggunakan tandas di tempat perkhemahan.

Rajah 4 : Asrama 18

Asrama 18  mempunyai 18 tilam. Asrama ini mempunyai 2 pintu/bahagian. Pintu Asrama ada di bahagian depan dan belakang. Maka, sebanyak 36 orang boleh menginap di kawasan Asrama 18 ini. Asrama ini berada di sebelah Perak / kawasan perkhemahan. Pelanggan akan menggunakan tandas di tempat perkhemahan.

Rajah 5 : Asrama 40

Asrama 40 dilengkapi tilam dan katil. Seramai 40 orang boleh menginap di Asrama 40. Asrama 40 mempunyai 2 unit, maka Asrama 40 ini boleh memuatkan seramai 80 orang. Asrama ini juga mempunyai tandas di dalamnya serta ruang dapur diantara dua unit Asrama 40. Asrama ini berada di sebelah Perak / kawasan perkhemahan.

Rajah 6 : Kawasan Perkhemahan

Kawasan perkhemahan berada di sebelah Perak. Kawasan perkhemahan boleh memuatkan seramai 500 orang. Setiap khemah boleh dimasuki 4 atau 5 orang berpandukan besar khemah dan mengikut keselesaan.

Rajah 7 : Tandas

Pihak TRV telah menyediakan banyak tandas di kawasan perkhemahan / bahagian Perak.

Rajah 8 : Dapur

Ruang penyediaan makanan dan stor penyimpanan barang dapur.

Rajah 9 : Dewan Makan

Dewan Makan ini berada di bahagian negeri Selangor. Seramai 500 orang boleh makan di dewan makan ini. Penyediaan makanan secara ‘buffet’.

Rajah 10 : Dewan Serbaguna/ Surau Besar

Dewan serbaguna/ Surau Besar berada di sebelah negeri Perak berhampiran Asrama 40. Dewan Serbaguna boleh memuatkan seramai 500 orang manakala Surau Besar boleh memuatkan 550 orang untuk solat.

Rajah 11 : Dewan Kecil 1

Merujuk rajah 11, dewan ini berada di sebelah Perak. Dewan ini memuatkan seramai 100 orang.

Rajah 12 : Dewan Kecil 2

Merujuk rajah 11, dewan ini berada di sebelah Selangor dan di atas bukit. Dewan ini memuatkan seramai 100 orang.

Rajah 13 : Jambatan Besi

Jambatan Besi ini salah satu kemudahan pelanggan TRV untuk menyeberangi sungai. Jambatan ini berada di antara Perak dan Selangor.

Rajah 14 : Jambatan Gantung

Jambatan Gantung ini disediakan untuk pelanggan menghayati pemandangan di kawasan TRV dan hanya 10 orang dibenarkan melintasi menggunakan jambatan ini secara bergilir dan digunakan secara gunasama.


Rajah 15: Menara FlyingFox dan Chalet

Menara FlyingFox dan Chalet ini disediakan untuk aktiviti flyingfox. Selain itu, ada empat unit di menara ini. Boleh memuatkan seramai 3 hingga 4 orang sahaja dalam satu bilik.


Location

Add Review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Keseluruhan
Please rate Keseluruhan

Claim listing

Take control of your listing!

Customize your listing details, reply to reviews, upload photos and more to show customers what makes your business special.
Your account will be created automatically based on data you provide below. If you already have an account, please login.

Fill the form

Message Vendor

    Preferred contact method